Baru-baru ini, pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza berkesempatan hadir ke majlis ilmu di rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Dapat dilihat majlis ilmu tersebut turut dihadiri beberapa selebriti popular lain antaranya Neelofa, PU Riz, Izara Aishah dan ramai lagi.
BACA: PU Amin Selar Netizen Sibuk Isu Anak Norman Hakim & Abby Abadi
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Norman turut mengucapkan terima kasih kepada anak lelakinya Mohamed Danish Hakim kerana menjadi imam ketika solat jemaah.
Dalam entri itu juga, Norman turut meluahkan rasa syukur diberikan rezeki untuk berkumpul dalam majlis ilmu berkenaan serta mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Wadi Annuar di atas ilmu yang dikongsikan.
Perkongsian Norman itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan pelakon itu pasti rasa bangga anaknya menjadi imam serta mendoakan agar Danish menjadi anak yang soleh dan taat.