fbpx

Anak ND Lala Nafi Bapa Nikah Lagi Satu

Anak kepada penyanyi dan pelakon era 80-an ND Lala iaitu Syada Amzah menafikan dakwaan bapanya bernikah lagi satu secara rahsia.

Memetik Harian Metro, Syada berkata bapanya masih tinggal sebumbung dengan ibunya, Fauziah Sarman dan hampir setiap hari keluar bersama.

BACA: Status Ibu Shila Amzah Cetus Tanda Tanya

“Saya baru tahu mengenai gosip ini. Kami di rumah baik-baik saja. Mak saya setiap hari keluar ‘dating’ dengan ayah saya.

“Saya tak rasa bapa saya berkahwin lagi satu sebab mereka masih tinggal sebumbung dan kalau keluar pun mesti satu kereta.

“Saya minta simpang benda ini berlaku sebab takut bila ramai sangat yang buat andaian boleh jadi satu doa,” katanya.

Menurut Syada lagi, mereka sekeluarga tidak terkesan dengan gosip tersebut apatah lagi sudah faham dengan asam garam dunia seni.

“Secara peribadi, saya tak rasa keluarga saya terkesan dengan apa saja gosip melainkan benda itu benar-benar terjadi.

“Cuma saya harap kalau ada gosip membabitkan ahli keluarga pastikan individu itu ada hitam putih dan ketengahkan perkara ini. Kalau sekadar cakap mulut, semua orang boleh cakap,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkongsian ibunya baru-baru ini dikatakan mempunyai maksud mendalam, Syada berkata ibunya suka berkongsikan kata-kata sedemikian.

“Mak saya okey saja. Kalau nak tahu mak saya memang suka kongsi kata-kata seperti itu kepada kami,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu dengan wanita muda secara rahsia.