Anak Muda Buktikan Jadi Petani Mampu Raih RM20,000 Sebulan
Ketika keadaan ekonomi di Malaysia yang tidak menentu ketika ini, ramai sebenarnya anak muda mula memberikan perhatian kepada pilihan kerjaya bukan konvensional termasuklah menyertai bidang pertanian sebagai pembekal sumber makanan kepada rakyat Malaysia.
Namun sebenarnya ktika ini ramai golongan belia atau anak muda tidak tahu petani moden sekarang memperoleh hasil yang lumayan dan mendapat begitu banyak bantuan kerajaan dalam industri pertanian.
Mohamad Mazlan Mat Pandi yang berusia 25 tahun merupakan pesawah sepenuh masa yang menguruskan 30 ekar tanah sawah dengan pendapatan lumayan disebabkan harga padi di pasaran sekarang.
“Peluang pekerjaan agak payah sekarang. Bagi kelulusan diploma seperti saya, permulaan gaji RM1,500 lebih. Manakala purata hasil padi untuk 1 ekar tanah bersamaan 3 tan padi, hasil yang diperolehi ialah RM3,000 dalam 120 hari”
“Saya mempunyai 30 ekar tanah dan hasil yang diperoleh dalam 4 bulan ialah RM90,000 semusim sebelum tolak modal dan juga kos upah orang. Sekarang padi dituai 2 musim dalam setahun,” katanya.
Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), orang muda yang menceburi bidang pertanian boleh memohon pinjaman sebanyak RM50,000 melalui Skim Pembiayaan Mikrokredit di bawah Agrobank.
Bukan itu sahaja, jika orang muda duduk di bandar mahu berjinak dengan pertanian secara kecil kecilan, PENJANA juga akan memberikan sumbangan untuk menyokong pertanian bandar bernilai RM500 dari segi bantuan benih, baja, peralatan dan khidmat nasihat.
Orang muda boleh mula beri perhatian yang lebih serius kepada pertanian sebagai sumber pendapatan, siapa tahu satu hari nanti boleh jadi kisah kejayaan yang boleh jadi inspirasi orang ramai. (rtky/m)
YE KE BYK MCM TU DPT UTK 4 MUSIM, ITUPUN KALAU KAU RAJIN BUANG SIPUT MERAH KEPINK2 NGAN YG BOLEH MMBUNUH BTG PADI MUDA..BKN SENANG, KO KENA RAJIN MERACUN SERANGGA, BUANG RUMPUT DI TGH2 SWH, KO KENA RAJIN MMBAJA, BARU AKU CAYA PADI TU TUNDUK KE BUMI JGN PADI TU DONGAK KE ATAS..ITU BLOM CENCURUT,….
Sawah luas sampai 30 ekar bolehlah 20k yg 2..3ekar ni x delah baja apa tu pakai sebulan jer dapat hasil hehehe
mmg ada baja org kedah sendiri develop. berganda2 hasil padi depa
Oii wekkk…
Yang kau busuk hati sangat ni kenapa?
Kau bagus sangat ke?
Hebat sangat ke?
Dah kaya raya ke?
Kalau setakat beli kereta hutang 9 tahun, beli barang pakai kad kredit hutang bayar bulan bulan, aku rasa elok ko hentikan sifat mengutuk dan mengeji. Semua tu sebenarnya adalah diri kau sendiri.
Ooii..to ..Hentikanlah Mengutuk Dan Mencaci, Itu Tanda Hati Ada Masalah. Hati Busuk Tu Maksudnya.
Itu bkn busuk htilh bodoh..mmg mcn tu lh pkerja sawah. Akupun ank sawah..tahulh..
Semua tu kena rajin. Bukan tabur benih lepas tu biarkn padi mmbesar dn masak tuai tnpa ada kerja pembersihan parasit2 dkt btg padi tu. Cuba kau tengok dkt padi yg baru nk naik tu..waktu msih ada air..ko selak..ada semua parasit2 tu dlm sawah..kau bkn anak swh …mesti kau x tahu…yg kau tahu pdg dri jauh je. Itu pun kau mesti tak kenal..yg mna ” hanpa dan mna yg berisi” ..
Aku mmbesar kt swah..rmh dikelilingi sawah..dri a sampai z ..aku tahu hasilkn padi. Cara kuno pun tahu..kau tahu.
Skrg byk cara moden.
Aku duduk Tg Karang, aku tau lah. Mesin padi je ada 5 biji. Traktor, drone tu semua mainan aku Alhamdulillah. Cuba usha usha sikit kat Sungai Burung ban 3 tu, dekat area sekolah agama dengan masjid baruh tu, itu kawasan aku main masa kecik tu. aku pun anak orang sawah jugak woiii. Dah habis u, balik Malaysia, disamping kerja di KL, projek sawah Tg Karang, Sekinchan, Sungai Besar, sawah Sempadan pun aku on jugak. Buat duit pencen nanti.
Alhamdulillah.
Aku org ..ate..moh le kite.
Aku byk kulaan ..d.sbk bernm..bgn datuk..dan sg mnik..kpg gjh..ada doyan tembga..
Doyan tmbga nma dulu2..skrg d24.
Hujung minggu ni round jap bulik..( balik?).. cari kulaan langsung gagau doyan.