fbpx

“Anak Masih Belajar Solat, Kenapa Komen Negatif?”

Gara-gara komen negatif netizen pada gambar anak-anaknya, Putera Rayqal dan Mohamed Nedrin solat bersama, Nora Danish tampil bersuara. Jelas Nora, anak-anaknya masih dalam proses pembelajaran dan tidak perlu dikecam sebegitu.

BACA: Nora Danish Akui Rimas Ditemani Pengawal Peribadi

“Dalam Ramadan ini, apa kata kita semua lihat sesuatu perkara itu dari sudut lebih positif dan hentikan komen berbaur negatif. Islam itu mudah. Mereka masih dalam proses pembelajaran”

“Orang dewasa pun ada yang tata tertib dalam solat, masih ada kesilapan, kerana kita semua masih belajar. Saya sebagai ibu bersyukur kerana sekurang-kurangnya, mereka mahu untuk bersolat”

Dalam masa sama, Nora turut memberikan pandangan mengenai perkongsian sesetengah pihak dalam melakukan ibadah yang dianggapnya sebagai dorongan buat mereka yang lain melihatnya agar rajin berbuat demikian.

“Mengenai sesetengah pihak yang menentang perkongsian mengenai agama di media sosial. Kenapa ada yang beranggapan seperti menunjuk? Kalau kita boleh kongsikan OOTD, percutian, kenapa tidak mengenai agama?”

“Walaupun ibadat ini sepatutnya rahsia, bergantung kepada niat masing-masing, nak menunjuk atau memberi dorongan. Sebenarnya, lebih indah Ramadan ini, media sosial kita dipenuhi dengan hal berkaitan keagamaan,” katanya.

Terdahulu Nora telah memuat naik gambar anak-anaknya yang sedang solat bersama, tidak lama kemudian netizen mula mengkritik mengenai cara mereka solat yang salah dan tidak sah. (rtky/w)