fbpx

Anak Istimewa Jadi Bahan Jenaka, Ahmad Idham Tegur Kumpulan UBI?

Perkongsian pelakon dan pengarah, Datuk Ahmad Idham menjadi perhatian apabila meluahkan pendapatnya susulan jenaka kumpulan lawak, IBU yang didakwa mempersendakan anak istimewa di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 3 baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Idham seolah kecewa dengan tindakan kumpulan tersebut dipercayai meniru watak selebriti media sosial, Yoe Parey yang didiagnos mempunyai masalah pembelajaran.

BACA: Tamat Pengajian Di Peringkat PhD, Ahmad Idham Bergelar Doktor Falsafah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Ahmad Idham (@ahmad_idham)

“Baru-baru ini tular di media sosial sebuah rancangan komedi menampilkan satu kumpulan melakonkan watak seorang anak istimewa, Yoe Parey yang telah didiagnos masalah pembelajaran.

“Saya melihat budaya menjadikan watak anak istimewa sebagai bahan lawak sudah dinormalisasi dalam kalangan masyarakat kita.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menegur sebagai tanda kasih dan sayang saya kepada adik-adik di dalam industri hiburan,” tulisnya.

Menurut pengarah itu lagi, perkara itu tidak wajar dijadikan sebagai bahan jenaka kerana akan mengguriskan hati ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dan bimbang jika menjadi ikutan anak muda.

“Jauh disudut hati ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa terbuku sedikit rasa kecewa apabila kekurangan anak-anak istimewa dijadikan bahan lawak untuk mentertawakan orang.

“Harapan saya agar kita tidak terus membudayakan perkara-perkara sebegini kerana ianya akan mempengaruhi anak-anak muda untuk turut sama melakukan perkara yang sama,” tulisnya.