Anak Hidayah Disihir Sejak Bayi, Tak Kuat Pegang Sudu Sebab Saraf Rosak
Sebelum ini, balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi pengamal perubatan Islam untuk membantunya kerana mendakwa terkena sihir.
Hidayah memaklumkan dia dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah mengalami gangguan ‘sihir’ itu sejak arwah suaminya meninggal dunia.
BACA: Hidayah Dakwa Disihir Sejak Arwah Abam Meninggal Dunia
Terbaru, menerusi satu perkongsian di Facebook, abang kepada Hidayah iaitu Mohd Azmier Zmier keadaan anak saudaranya yang tidak kuat untuk memegang sudu disebabkan menjadi mangsa sihir sejak bayi lagi.
“Mana ayahjang (Azmier) tak sedih tengok keadaan ucuk (Hamzah), biasa tangan sihat, sekarang nak makan pun pegang sudu terjatuh.. Hilang selera ayahjang tengok keadaan ucuk kesayangan ayahjang. Sanggup kau buat anak ayah,”luahnya.
Menurut Azmier lagi, anak saudaranya itu menderita sejak arwah Abam Bocey meninggal ketika Hamzah masih bayi lagi.
Malah, Azmier berkata Hamzah turut diganggu setiap malam sehingga sukar tidur lena serta menangi teresak-esak. Dakwa Azmier lagi, individu itu masih menghantar sihir sehingga Hamzah keluar masuk hospital.
“Banyak penderitaan kau buat pada ucuk aku sejak ayah dia meninggal dari dia baby. Kau sihir, ganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur, menangis-nangis sampai tidur dia tak normal, kau sihirkan, sampai dah besar, sikit pun kau masih sanggup lagi hantar sampai Hamzah asyik keluar masuk hospital,”tulisnya.
Dalam pada itu, Amier berkata dia tidak pernah memuat naik perkembangan mengenai Hamzah kerana bimbang individu tidak bertanggungjawab itu menyakiti anak saudaranya.
Tambahnya lagi, angkara sihir tersebut juga anak saudaranya terpaksa menanggung derita sehingga merosakkan sistem urat saraf Hamzah.
“Aku tak pernah nak update pasal ucuk aku sebab aku takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia lagi, sampai doktor sendiri tak dapat tahu apa masalah sakit Hamzah.
“Apa ucuk aku buat pasal kau! Apa dosa dia pada kau! Sanggup buat dia macam ni, aku dah tak sanggup tengok keadaan ucuk aku, kau asyik hantar sihir. Budak ni sihat sahaja, kau hantar lagi sihir dan hantar sihir sampai rosakkan sistem urat saraf dalaman ucuk aku,” katanya.
Sementara itu, Azmier berkata dia akan berusaha berikhtiar agar Hamzah kembali sihat dan pulih dari perbuatan syirik serta sihat seperti biasa.
Jgn sumbat mkn banyak2 ler nanti dtg banyak penyakit faham ko Minah gemok jgn rosakan anak ko jadi cam ko juga ngok
Ya Allah, nak komen pun ingat la ni bulan Ramadhan. Jaga sikit mulut tu. Ish, so hateful.
ada penyakit saraf ni, mulut berbuih.. epilepsy.
dayah, kalau baca komen ni, pergi lah doktor kat hosp singapura, cuba berubat luar negara pulak, mana tau doktor sana dpt trace. kesian kalau betul ada penyakit.
kadang penyakit ni susah nak trace sbb kurang kepakaran, kena buat mri, ultrasound, biopsy semua dah buat tak. kdg parent x tahu benda mcm ni. kita kena request. lagipum dayah berduit kan.
cuba kurangkan berat badan hamzah tu, sbb gemuk mcm tu mmg boleh dpt penyakit saraf walau kecil lg boleh kena stroke saraf.
Tengok video tu, nampaknya lebih kepada “meletakkan” sudu… tak nampak pulak macam terlepas ke apa.. Wallahualam.
Apa pun, aku doakan yg baik2 saja buat Hamzah sekeluarga. Semoga sihat selalu dan dilindungi Allah.
Pulaaaak daaaaah, X habis emaknya, abang dia pulak keluarkan cerita! nanti habis satu kampung back puan and family, LETIH dgr kisah2 begini, tuduh menuduh, dendam berdendam, kekdg terfikir alangkah baiknya puan tidak menjd Mrs abam!? Jauh dari permusuhan Dan pastinya puan tidak seglamour ini, muga2 kita semua dijauhi dpd pekara2 yg membazir masa waktu Dan X psl2 tanpa disedari Kita terjun Sama DLM persengketaan mrk ini Dan tanpa Kita sedar Kita turut mengumpul dosa! Adoii nauzubillahiminzalik. Bak kata rtm tak pasti jgn kongsiiii ???
Adui minah ni. Tak habis habis dengan sihir bodoh bangang. Nak up ratings ke? Jangan jadi manusia yang tak berpelajaran dan sila bawa anak jumpa pakar.
Daripada buang masa bagi statement ni ambil masa tu buat benda berfaedah. Orang dah muak dengar cite you tak habis habis gaduh pasal harta. Boleh bawak masuk kubur ke. Malu la sikit. Eeeee. Nextttt!
Dorang ni lupa ke TIADA KUASA YANG LEBIH HEBAT SELAIN KUASA ALLAH. Berdoalah bersungguh-sungguh kepada Allah, insyaAllah boleh sembuh dan dilindungi.
X perlu nak tumpang glamour lebih2, bnyk2 Kan beribadah, jika kita ikhlas Dan baik InsyaAllah, pd bulan yg mulia Dan penuh baraqah ini pintu langit senantiasa terbuka Dan berdoa utk kebaikan semua, Sudah2lah berprasangka krn prasangka ITU boleh menghalang doa kita kpd Allah! Salam Ramadhan Al Mubaraq
kalau dayah terbaca ni, gi jumpa doctor neuro.. jangan main2 dgn sakit saraf ni. saya boleh cadangkan pergi ppum sebab ppum ada pakar neuro yg bagus dan alat2 yg lebih canggih.
aku harap dia dah ada gi hantar check ngan doc sebelum claim sihir2 ni…
Kalo setakat ko pegi gomen, maybe dorang akan kate takde ape2. Huhu. Aku tngok mcm ade nerves problem budak ni.
Jangan temberang kuat sangatlah dayah oi. anak ko gemuk sebab tu ada masalah saraf. kejadah ape orang nak anto shiri kat anak ko. kalau nak anto baik bagi ko jadi kurus kering je. aku tengok ko anak beranak OK je sihat gemuk lagi. ko buat post camni cuma untuk create perception dekat si ali puteh tu ke? kalau camtu apa beza ko dengan mamat tu? dua2 kuat berdendam.
Dh kena saraf tu bukan sihir namanya…jgn lah buat andaian..