fbpx

Baru-baru ini, pelakon Mawar Rashid dilihat ada memuat naik gambar keluarga bersama suami dan anak-anaknya memakai busana serba putih di akaun Intagram miliknya.

Bagaimanapun, ada netizen mempersoalkan mengapa dia jarang muat naik foto bersama dua anak hasil perkahwinan pertama suaminya, Raf Yaakob.

BACA: Suami Bangga Mawar Rashid Bersalin Normal

Tampil bersuara mengenai perkara itu, Mawar berkata dia tidak pernah mengetapikan anak dirinya tetapi kedua mereka kini duduk bersama ibu mereka.

 

 

“Saya terima beberapa komen kata kenapa tak post Rayyan dan Raysaa. Ni jawapan dia, pertama mereka duduk dengan mak mereka. Jadi mereka tak ada kat rumah saya.

“Kalau setiap waktu mereka kat rumah kami, sudah tentu kami akan masukkan mereka. Ingat saya dan Raf ni, mak bapa yang kejam ke tak nak masukkan anak yang lain. Kedua, saya pun tak nak post banyak-banyak atau lebih-lebih. Saya tak perlu jelaskan perkara itu,” katanya.

 

Dalam pada itu, Mawar berkata dia tidak perlu memberi penjelasan ataupun membuktikan kasih sayang terhadap keluarga kepada orang luar kerana baaginya biarlah hanya Allah yang tahu segalanya.

“Saya sayang mereka. Allah saja yang tahu. Jadi, tolong jangan nak menggelabah sangat. Bukannya tak post langsung gambar berenam. Cuba scroll bawah kat IG saya. Jangan fitnah la!” ujarnya.

Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rossabella Cinta berusia 2 bulan.