Baru-baru ini, perkongsian pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta menjadi perhatian menitipkan pesanan buat wanita terutamanya anak dara supaya ringan tulang untuk membuat kerja rumah.

Che Ta turut menasihatkan kepada kaum wanita supaya jangan malas dan perlu bangun awal supaya boleh siapkan kerja-kerja rumah dengan segera.

BACA: Isu Fitnah Diva AA, 4 Jam Che Ta Beri Keterangan Kepada Polis

“Anak dara wajib ringankan tangan tu bersihkan rumah, kemaih rumah sapu sampah ka atau buat apa yang patut. Jangan dok malas, bangun wajib awal jadi boleh siapkan banyak benda,” tulisnya.

Dalam pada itu, Che Ta berkata tidak mengapa jika tidak tahu masak tetapi jika ada sikap malas tiada siapa yang boleh bantu.

“Kalau tak pandai masak takpa boleh belajar sikit sikit tapi kalau pemalas memang tak boleh tolonglah melainkan diri sendiri na

“Baru la bakal mak mertua sayang. Tak gitu? Eh ramai ka yang dah bangun ni? Atau semua dah on the way balik kampung,” katanya.