fbpx

Anak Dah 4 Tahun, Nora Danish Pesan Jangan Kecewakan Hati Wanita

Baru-baru ini, pelakon Nora Danish memuat naik perkongsian sempena ulang tahun kelahiran keempat anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim atau Ney Ney.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Menerusi entri tersebut, Nora menitipkan ucapan istimewa buat puteranya itu serta mendoakan kebahagiaan buat Ney Ney serta menjadi anak yang soleh.

BACA: Nora Danish Nak Anak Perempuan, Suami Kata Akan Usahakan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

“U know mommy loves u very very much. Mommy akan sentiasa doakan kebahagian adik, dilindungi dunia akhirat, dipanjangkan umur, menjadi anak yg soleh, Dikelilingi hamba2 Allah yg membawa kebaikan. Di sayangi ramai dan menyanyangi,” tulisnya.

Lebih menjadi perhatian, Nora turut memberi pesanan buat anaknya itu supaya mempermainkan hati wanita apabila dewasa kelak serta menjaga solat dan menghafal Al-Quran.

“Yang penting jangan kecewakan hati wanita bila besar nanti dengan mata manja, mulut manis awak tu? Faham! Hehe. Love u sweetheart.

“Nanti bila besar harap jadi anak yang pintar. Pandai menilai mana yg baik dan buruk. Jaga solat sayang dan jadilah manusia yang suka membaca dan menghafal al-Quran. Ibu sayang kamu!,” tulisnya.

Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 2017. Nora turut mempunyai anak sulung, Putra Rayqal daripada perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram Ramli.