fbpx

Anak Che Ta Tayang Teman Wanita Di Instagram

Selain Rozita Che Wan, anak-anak bujangnya, Ammar Effendy dan Aniq Ezra turut menjadi perhatian ramai, apalagi gadis-gadis di luar sana. Tapi malangnya keduanya sudah mempunyai teman wanita.

BACA: Datuk Tipu Che Ta, Kerugian Cecah RM50,000

Terbaru menerusi media sosial, Aniq nampaknya sakan tayang teman wanita yang sememangnya cantik, persis selebriti Korea. Bagi sesiapa yang mengikuti Instagram Aniq pasti perasan gambar-gambar sweet mereka yang sering menghabiskan masa bersama.

Difahamkan hubungan mereka juga sudah lama berlangsung tapi hanya disedari baru-baru ini kerana untuk pengetahuan Aniq agak pemalu dan ‘low profile’ berbanding abangnya, Ammar. Malah mereka berdua juga sering menghadiri acara korporat bersama-sama.

Rasanya Che Ta juga sudah mengetahui dan merestui hubungan Aniq dengan gadis itu, apalagi jangan tunggu lama-lama nanti disambar orang, eh! Untung Che Ta dapat menantu persis orang Korea, sama cantik dengan Che Ta! (rtky/w)