fbpx

Anak Bongsu Shuk Meraung Enggan Berpisah Buat Netizen Sebak

Baru-baru ini, pelawak Shuk Sahar ada berkongsikan video meluangkan masa bersama kedua-dua anaknya menjadi perhatian ramai.

Namun, apa yang membuatkan netizen sebak apabila anak bongsunya, Aimi meronta menangis kerana tidak mahu berpisah dengan bapanya itu.

BACA: Shuk Sahar, Rossa Sera Sah Bercerai Talak Satu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Lebih sebak apabila Aimi meluahkan hasrat mahu bermanja dengan bapanya itu bagi melepaskan rindu.

“Tapi adik nak tidur dengan ayah… adik nak ayah. Tapi adik nak minta angkat dengan ayah,” kata anaknya.

Menerusi video itu, Shuk turut membawa anak-anaknya berjalan di sekitar Sabah untuk memujuk mereka sebelum berpisah.

Bagaimanapun, anaknya tetap menangis di dalam kereta apabila sedar bapanya itu akan meninggalkannya untuk pulang ke Semenanjung.

Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat kanak-kanak itu terpaksa berpisah dengan bapa mereka kerana pasangan itu tidak lagi bergelar suami isteri.

Terdahulu, Shuk disahkan bercerai talak satu dengan Rossa Sera, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu. Difahamkan, anak-anaknya kini tinggal bersama bekas isterinya itu di Sabah.