fbpx

Anak Bell Ngasri Wakil Pidato Malaysia Di Vietnam

Pelawak Bell Ngasri meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak keduanya, Nasfarisya Nasrizal kini berusia 14 tahun mewakili sekolah dan negara dalam pertandingan pidato Actions For Earth Award & Global Youth Summit.

Memetik Harian Metro, Nasfarisya serta tiga peserta lain terpilih dalam pertandingan yang berlangsung di Vietnam itu bermula pada 23 Ogos lalu dan berakhir esok. Difahamkan, kesemua terpilih itu adalah elajar cemerlang dari Sekolah Menengah Setiabudi di Gombak.

BACA: Bell Ngasri Bakal Terima Kereta Import RM200,000

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

“Saya bersyukur dia terpilih masuk pidato untuk sekolah dan mewakili negara walaupun umurnya baru 14 tahun. Saya sendiri tak pernah bawa dia sampai Vetnam untuk sekolah atau apa-apa aktiviti sekolah.

“Nasfarisya budak rajin dan anak pandai. Alhamdulillah, dapat anak tak ikut perangai bapa (bergurau). Alhamdulillah, setiap pelajar sudah menerima sumbangan daripada sekolah untuk duit poket bagi perbelanjaan di Vietnam.

“Saya nak cerita lebih pun saya bukan faham sangat topik ini. Alhamdulillah, paling kurang dia membanggakan kami sekeluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Bell berkata dia bangga anaknya itu terpilih meskipun syarat yang ditetapkan untuk para peserta berumur 15 tahun dan ke atas.

“Semoga dia (Nasfarisya) berjaya hingga ke anak cucu la senang. Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya.