fbpx

Bell Ngasri Bakal Terima Kereta Import RM200,000

Dinobat sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35, Bell Ngasri turut menerima rezeki tidak disangka apabila pemilik syarikat kenderaan DTC Motor mahu menghadiahkan sebuah kereta.

Memetik mStar Online, Afendy Wahid berkata dia mahu menghadiahkan kereta selepas melihat tiada sebarang pihak berbuat demikian.

BACA: Nabil Ahmad Geram Netizen Pertikai Kemenangan Bell Ngasri

“Sabtu lalu saya ada berborak dengan kawan di pejabat tentang kemenangan Bell Ngasri di ABPBH35… terdetik pula masa itu nak hadiahkan sebuah kenderaan memandangkan tiada orang menajanya.

“Nak dijadikan cerita kawan saya ada hubungi Isnin lalu selepas mendengar penyampai Hot FM memaklumkan jika ada pihak mahu menaja Bell.

“Terus cepat-cepat kami hubungi radio dan maklumkan nak taja… semuanya secara spontan,” katanya.

Affendy memaklumkam kenderaan itu bernilai RM200,000 namun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai kereta berkenaan.

Menurutnya lagi, majlis penyerahan kenderaan itu akan diadakan pada Isnin ini dan kereta itu nanti akan memberi keselesaan buat Bell sekeluarga.

“Anggaran harga dalam RM200,000 tapi tak termasuk roadtax dan insurans… Tapi kita tapau habis kira siap dengan jaminan, dan tambah beberapa aksesori. Semua siap dan Bell tak payah buat apa-apa pun,” katanya.

Dalam pada itu, Afendy mengakui dia sememangnya peminat pelawak berkenaan malah anak mereka berkawan rapat memandangkan berada di satu sekolah yang sama.

“Kebetulan, tapi jangan salah anggap yang kita nak taja macam dah rancang atau apa. Itu semua kebetulan yang anak kami kenal satu sama lain dan berkawan rapat,” katanya.