fbpx

Penyanyi Datuk ND Lala menegaskan kasih sayang terhadap anak-anaknya tidak berubah meskipun sudah bercerai dengan bekas isterinya, Fauziah Sarman pada 2 Ogos lalu.

Memetik Harian Metro, ND Lala berkata anak-anaknya tetap darah dagingnya selama-selamanya dan baginya hubungan dengan anak-anak tiada isu.

BACA: Fauziah Sarman Dedah ND Lala Bertahun Tak Kerja, Shila Amzah Tanggung Keluarga

“Mereka tetap kekal sebagai darah daging saya. Mereka itu adalah DNA saya untuk selamanya dan tidak akan pernah berubah.

“Saya tahu dengan segala apa ujian yang sudah berlaku ini membawa impak dalam keluarga. Anak-anak juga diuji, kita juga diuji. Apapun, kita kena sentiasa berlapang dada dan doakan yang baik-baik saja.

“Mungkin pandangan kita pada hari ini juga berdasarkan sumber dan maklumat yang diperoleh membentuk pendirian diri apabila terlihat kebenaran itu dari sisi yang lain,” katanya.

Bulan lalu, ND Lala mengakui sudah bernikah dengan Siti Munirah dan mendakwa bekas isterinya itu mengugut serta meminta untuk diceraikan.

Dalam pada itu, ND Lala meminta agar tidak menggelar isterinya dengan gelaran penyondol kerana wanita itu tidak mengganggu rumah tangganya sebaliknya dia yang mendekati Siti Munirah.