fbpx

Didakwa Bercerai, Puteri Sarah Tegas Status Masih Suami Isteri

Bulan lalu, hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Terbaru, perkongsian Puteri Sarah di Insta Story menjadi perhatian apabila memuat naik mesej diterima seorang individu.

BACA: “Dua Peguam Akan Datang Kepada Anda, Mana Mau Lari” – Puteri Sarah

Menerusi mesej itu, individu berkenaan menyatakan pihak ketiga mendakwa pasangan itu akan bercerai selepas pelakon itu balik dari menunaikan ibadah umrah pada Mei lalu.

Memetik Oh Bulan!, Puteri Sarah menafikan dakwaan tersebut serta menegaskan dia dan Syamsul Yusof masih lagi suami isteri.

“Status kami masih suami isteri. Sebenarnya, malas nak komen banyak tapi kalau ini rancangan pihak ketiga, semoga berjaya la.

“Memang dari dulu sakan dia bercerita itu ini. Tak taulah apa rancangan pihak sana bercerita menyampaikan dekat orang ramai,” kataya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata suaminya masih melaksanakan tanggungjawab serta tidak mengabaikan nafkah serta dan kerap berjumpa dengan anak-anak.

“Nafkah anak-anak macam biasa memang tak pernah abai. Syamsul ada datang jumpa selalu. Okey saja tak ada masalah,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah mengatakan dia sudah melantik peguam, Datuk Akberdin dari Tetuan Akberdin & Co untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga iaitu Ira Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar sejak tiga tahun lalu.