fbpx

Pelawak dan penyampai radio, Shuib berkata anak-anaknya semakin memahami dengan situasi ketiadaan ibu mereka selepas dua tahun pemergian Allahyarham Siti Sarah.

Memetik mStar Online, Shuib berkata kehadiran isterinya, Watie Hanifiah menyerikan lagi keluarga malah keempat-empat anaknya rapat dengan ibu tiri mereka.

BACA: Watie Kongsi Ciri Suami Idaman, Semua Ada Pada Shuib

Kata Shuib lagi, anak-anaknya juga lebih rapat dengan Watie berbanding dirinya sehingga dia berasa terpinggir.

“Apa lebih penting melihat perkembangan anak-anak sangat positif… Paling penting adalah mereka punya kesihatan mental.

“Mereka seronok dengan Mummy baru (Watie) sampai kadang-kadang saya rasa terpinggir sebab mereka rapat sangat dengan dia. Saya sampai terfikir macam mana Watie boleh sehebat itu (mengambil hati anak-anak),” katanya.

Terdahulu, Shuib dan Watie sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 23 Jun lalu dalam majlis diadakan di Putra Glass House, Shah Alam.