Peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Fuad Rahman mengaku menjalin hubungan cinta dengan peserta GV9 iaitu Tom.
Memetik Astro Gempak, Fuad berkata cintanya berputik kembali kepada bekas kekasihnya itu sejak minggu kedua bersama GV9 dan meluahkan perasaannya pada Tom dua minggu lalu.
BACA: Enam Kali Kena Sebat Di Penjara, Seminggu Fuad Rahmad Terpaksa Tidur Meniarap
“Kami memang sedang menjalin cinta, cinta saya mula berputik pada Tom adalah pada minggu kedua konsert GV. Tapi secara rasmi saya lamar dia untuk couple adalah dua minggu lepas.
“Tujuan saya ajak couple dan menuju ke arah lebih serius agak orang ramai dan peminat tidak salah anggap kalau nampak kami di luar nanti.
“Kalau-kalau nanti saya terpeluk atau terpegang tangan dia kemudian orang ambil gambar kami dan sebarkan itu lagi bahaya,” katanya.
Cinta kembali bertaut selepas 12 tahun berpisah, Fuad juga mendedahkan Tom adalah bekas kekasihnya pada 2005 namun terpaksa berpisah disebabkan dia menjalani hukuman penjara selama lima tahun.
“Sebenarnya kalau boleh saya dedahkan yang ramai orang tak tahu, Tom merupakan bekas kekasih saya, kami pernah bercinta pada 2005 dan kemudian itu saya telah masuk penjara, selepas itu kami terus tidak berhubung lagi.
“Saya tinggalkan dia waktu itu sendirian agak lama juga. Kemudian lepas keluar penjara saya mulakan hidup baharu, saya kahwin dan ada keluarga, manakala dia bawa diri ke Langkawi. Sampailah kami dipertemukan semula di Gegar Vaganza.
“Waktu pertama kali jumpa di GV saya rasa macam tergamam sebab tak sangka jumpa di situ. Saya tengok dia dah lain, kulit makin gelap. Saya rasa tuhan pertemukan kami semula mesti ada hikmah,” katanya.
Dalam pada itu, Fuad berkata dia mahu menebus kesilapannya sebelum ini kerana meninggalkan penyanyi itu dan akan menjaga perhubungan mereka serta merancang untuk berkahwin.
“Apa pun dengan peluang kali ini saya ingin tebus semula kesalahan saya yang dulu sebab meninggalkan dia, saya rasa ini waktu terbaik untuk tebus silap saya pada dia.
“Insya-Allah, kalau dipermudahkan saya akan jaga hubungan ini lebih serius. Jika tiada halangan Insya-Allah kalau tidak tahun depan mungkin tahu seterusnya kami akan berkahwin. Apa pun saya minta semua orang doakan hubungan kami dalam keadaan baik,” katanya.