Baru-baru ini, pelakon Azri Iskandar mengumumkan mahu menukar namanya kepada Azri Alexander. Bagaimanapun, Azri terpaksa melupakan hasratnya itu.
Memetik Getaran, Azri memohon maaf kepada semua serta memaklumkan anak-anaknya tidak bersetuju untuknya menukar nama.
BACA: “Kami Dalam Fasa Gembira Sebagai Pasangan Yang Sudah Bertunang” – Azri Iskandar
“Anak-anak saya marah saya nak tukar nama. Jadi, saya tukar baliklah kepada nama Azri Iskandar dan tak jadi guna nama Azri Alexander. Saya minta maaf pada semua,” katanya.
Menurut Azri lagi, dia mengakui kesilapan kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan anak-anak. Azri berkata dia mengakui sedih apabila anak-anaknya tidak bersetuju serta akan menggunakan semula nama Azri Iskandar.
“Yang marah saya sangat tukar nama ni anak saya, Azrell Omar Iskandar (Ayel). Sedih betul saya.
“Dia cakap nama Azri Iskandar tu dah okey dah. Kalau pun nak go international, tidak ada salahnya pakai nama tersebut.
“Lagipun dia kata, dia dah mula berkecimpung dalam bidang perfileman, takkan dia nak letak namanya sebagai Azrell atau Ayel Alexander.
“Saya cakap nama saya tetap Azri Iskandar. Cuma, Azri Alexander itu digunakan untuk kerjaya lakonan sahaja. Tapi, dia tidak boleh terima. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk gunakan semula nama Azri Iskandar,” katanya.