fbpx

Anak Achey Berjaya Jual 3,000 Pek Gula-Gula Dalam 2 Jam

Meksipun baru berusia 5 tahun, anak kepada pelawak Achey iaitu Nur Tiara Zainnirah sudah mula menunjukkan minat dalam perniagaan apabila memberi cadangan untuk menjual pek campuran gula-gula.

Menerusi sesi siaran langsung yang dibuat untuk jualan gula-gula berkenaan sebanyak 3000 pek berjaya dijual dalam masa dua jam serta meraih 21 juta tanda suka. 

BACA: Bawa Anak Tengok Keadaan Banjir, Achey Mahu Tiara Lihat Ujian Allah

Lebih mencuit hati, anak tunggal pelawak itu sempat tertidur semasa ibu bapanya sibuk menjual produk berkenaan.

Malah, Achey dan isteri tidak dapat menahan sebak diatas sambutan diberikan oleh netizen serta meluahkan rasa syukur dengan rezeki anak mereka.

Bukan itu saja, ketika sesi siaran langsung itu juga anaknya menerima gift kereta api, singa dan ikan paus daripada netizen.