Melalui Melodi hari ini, Ana Rafalli menafikan khabar angin yang mendakwa kononnya rumah tangga penyanyi ini sedang bergolak. Pertama kali mendengar dakwaan tersebut, Ana sendiri menyatakan dia agak terkejut dengan perkara berkenaan.

BACA: Ana Raffali Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki


“Ini kali pertama saya mendengar perkara ini. Kami bahagia saja. Malah sejak ada baby ini, hubungan kekeluargaan menjadi makin rapat,” jelas Ana Raffali kepada Melodi.

Selain sedang sibuk menguruskan keluarga, Ana juga ketika ini sedang bertungkus lumus untuk mengeluarkan album terbaru. Apa pun, semoga apa yang dilakukan pasangan ini dipermudahkan dan diberikan rezeki melimpah ruah. (rtky/s)