fbpx

Ana Raffali Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

Pada 12 Februari (Khamis) lalu, Ana Raffali selamat melahirkan cahaya mata sulungnya secara normal di Hospital Ampang dan baru sahaja berkongsi mengenai perkhabaran gembira tersebut melalui akaun Instagram miliknya hari ini.

BACA: Di Sekitar Majlis Nikah Ana Raffali & Ahmad Aznaim Di Taman Melawati, Gombak

Ana Raffali Selamat Lahirkan Anak Lelaki - ROTIKAYA

Seperti yang dikhabarkan Ana kepada Berita Harian, bayinya itu dilahirkan lebih awal dari jangkaan (5 Mac) dan dilahirkan secara normal di Hospital Ampang, Selangor pada jam 2.25 petang.

Semoga dengan kehadiran cahaya mata sulung di dalam keluarga Ana nanti bakal membawa lebih keceriaan dan juga kebahagiaan kepada kedua-dua pasangan secocok ini yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. (rtky/syfq)