fbpx

Ana Raffali Dikecam Terlalu Agungkan Mat Salih

Sudah lama tak dengar cerita mengenai Ana Raffali, baru-baru ini penyanyi itu dikecam oleh netizen serta dilabel sebagai seorang yang terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris

Nama penyanyi itu menjadi bualan ramai apabila menegur penggunaan penggailan formal yang selalu digunakan kebanyakan rakyat Malaysia terutama di sekolah-sekolah.

BACA: Ana Raffali Nafikan Rumah Tangganya Bergolak

Menerusi satu entri, Ana berkata penggunaan ganti nama ‘Sir’ sebagai salutasi atau protokol yang dibudayakan di sekolah bagi guru lelaki sebenarnya tidak betul.

“Tolong hapuskan penggunaan ‘Sir’ (masukkan nama orang) ketika memanggil cikgu atau pensyarah lelaki melainkan mereka telah menerima anugerah kesatria daripada Ratu England.

“Boleh gunakan ‘En.’ atau ‘Mr.’ dengan yakin atau ‘Dr.’, ‘Prof.’, ‘Datuk’, ‘Datin’, ‘Tan Sri’ dan sebagainya. Tolong,” tulisnya.

Ana yang kini merupakan seorang guru bahasa Inggeris berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membetulkan kesalahan yang sudah lama menjadi satu amalan penggunaan bahasa ketika ini.

Susulan perkongsian Ana itu mengenai perkara itu, ada segelintir kurang senang sehingga menyifatkan penyanyi itu suka berdrama dan suka memanjangkan isu.

“Kenyataan anda (Ana) memang betul. Pelik kalau ada mat salih akan tanya ‘why are there so many people who received a knighthood in Malaysia‘ (mengapa ramai orang yang terima anugerah kesatria di Malaysia?).”

“Kuat dramalah awak ini,” tulis seorang netizen.

Tidak hanya berdiam diri, Ana dilihat membalas komen seorang netizen mengatakan bahawa dia hanya berkongsikan cara menggunakan nama tersebut dengan betul.

“Itu bukan perkara atau isi utama ciapan (saya). Saya hanya berkongsi penggunaan yang betul untuk perkataan yang dimaksudkan (Sir). Yang lain-lain hanya perincian sokongan sama ada untuk diterima atau tidak,” tulisnya.

Untuk pengetahuan anda, mengikut ‘undang-undang’ nahu bahasa Inggeris, perkataan ‘Sir’ tidak sepatutnya digunakan bersama nama orang namun sudah menjadi amalan di kebanyakan sekolah di negara ini.