fbpx

Ana Dahlia Cedera Selepas Terlibat Dalam Kemalangan

Jika akhbar melaporkan sesuatu kejadian kemalangan dengan istilah nyaris maut, bermakna ianya serius dan kemalangan awal pagi tadi melibatkan pelakon popular, Ana Dahlia.

Sinar Harian melaporkan yang Ana Dahlia nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur sekitar jam 1.00 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta Proton Iswara dari arah bertentangan telah hilang kawalan sebelum merempuh van di hadapan kereta Toyota Vios di’pandu Ana Dahlia.

“Saya nampak kereta Proton Iswara dari arah bertentangan terbabas dan merempuh van di hadapan lalu melanggar kereta yang dipandu saya”

“Akibat rempuhan itu kereta saya berpusing beberapa kali, sebelum terbabas ke pembahagi jalan,” ujar Ana Dahlia yang di’laporkan cedera.

Namun tiada maklumat tentang sejauh mana serius kecederaan yang di’alami Ana Dahlia & Sinar Harian meminta kita semua membeli akhbar mereka esok untuk mengetahui lebih lanjut. Heh.