fbpx

Amyra Rosli Dikritik Menunjuk Makan Durian, Disuruh Makan Sorok-Sorok

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Amar Baharin meluahkan rasa kasihan terhadap isterinya, Amyra Rosli apabila dituduh menunjuk selepas memuat naik foto makan buah durian.

Amar berkata foto tersebut adalah untuk mempromosikan produk peniaga tempatan dalam masa sama membantu peniaga kecil lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik ini.

BACA: Amyra Rosli Tolak Job Berlakon, Duduk Rumah Masak Sahaja

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Amar tampil mempertahankan isterinya serta turut memuat naik paparan skrin komen netizen yang menuduh Amyra seolah menunjuk serta meminta untuk makan durian secara sorok-sorok.

“Niat nak tolong peniaga waktu lockdown ni tapi ada juga penerimaan negatif dari warganet. Siapa nak tolong kita kalau bukan kita sesama sendiri?

“Keinginan dan kemampuan tu dua jalan berbeza. Berbelanja ikut kemampuan ( keperluan ). Kami pon banyak perkara yg kami inginkan tapi kami tak mampu. Takde pulak kami marah orang yang jual Vellfire Royal Lounge tu. Kami beli Bezza je. Janji boleh keluar cari rezeki muat utk bawa keluarga syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Amar memahami situasi kini dimana ramai yang tertekan serta berhasrat sedekahkan durian kepada dua pengikutnya yang bertuah.

“Kami faham situasi sekarang yang agak tertekan ni. Harap semua tingkatkan kesabaran untuk kita sama-sama atasi masalah pandemik ini okay.

“Kalau ada yang betul-betul teringin nak rasa @dooran.dooran.co saya boleh sedekah. Tapi tak banyak la sebab saya pun tak mampu,” tulisnya.