Amyra Rosli Tolak Job Berlakon, Duduk Rumah Masak Sahaja
Melihatkan kes Covid-19 tidak menunjukkan penurunan, pelakon Amyra Rosli berkata dia tidak kisah menolak tawaran berlakon buat masa ini.
Menurut Amyra, apa yang lebih penting ketika ini adalah untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan keluarga. Katanya lagi, kini dia aktif di media sosial dan masak di rumah.
BACA: Dekatkan Diri Dengan Agama, Amyra Rosli Setia Sokong Amar Baharin
“Buat masa ini, saya tidak akan menerima tawaran lakonan. Drama terakhir, Sabarlah Duhai Hati ditayangkan Mei lalu.
“Bukan tiada tawaran, tetapi saya belum ‘lock’ mana-mana projek drama lagi. Saya nak tunggu hingga kerajaan memberi kebenaran penggambaran. Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada situasi semasa.
“Saya tidak boleh memikirkan diri saya sahaja. Saya kena memastikan orang sekeliling seperti suami, anak, ibu bapa dan keluarga selamat. Sekarang, saya hanya aktif menjayakan kempen dalam media sosial dan duduk di rumah memasak untuk keluarga,” katanya kepada BH Online.
Kata Amyra, selepas melihat rakan pelakon dijangkiti Covid-19 mambuatkan dia lebih berhati-hati. Ujarnya lagi, dia dan suami pernah diarah menjalani kuarantin kendiri selepas ada beberapa artis yang terbabit penggambaran bersama positif Covid-19.
“Mei lalu, saya terbabit dengan penggambaran filem arahan Feroz Kader yang membabitkan 25 artis. Dalam file itu, adalah Nora Danish dan Reen Rahim yang disahkan positif terbabit sama.
“Sebelum itu, saya bersama dengan mereka dalam adegan di kafe. Jadi, apabila Nora mendedahkan dirinya positif dan minta sesiapa pernah bertemu dengannya membuat ujian calitan, saya dan Amar tidak berjumpa anak-anak.
“Kami terus buat ujian calitan dan kuarantin kendiri. Saya dan Amar dinasihatkan menjalankan kuarantin kendiri selama 10 hari. Kami akur dan Alhamdulillah, disahkan negatif,” katanya.
- SUMBER
- Cari Forum
Tolak offer job amendanya mmg x boleh berlakon pun. Ramai penerbit, produser dah bising sykt boleh bangkrap kalau berterusan mcm ni.
kami pun happy kalau awak tak berlakon lagi.
tak naklah berlakon jadi heroin muda tak sesuai.
ramai lagi pelakon yg sesuai.
kalau semua offer ditolak kagi best.
dia ni yg perasan muka mcm nia ramadhani tu ye. haha… yopoyo je. nia pun tak kenal sape ko. dasar retis tak tau malu… blah la ko…
Mmg dia cantik tak dpt dinafikan maybe lebih cantik dari Nia…cuma dah jadi isteri ibu tak sesuai sgt untuk berlakon mcm dulu2…maybe watak2 lain kot