Amylea adalah antara peserta favourite banyak pihak untuk melangkah ke peringkat akhir One In A Million musim ini.
Amylea juga di’katakan sebagai pencabar terdekat Tomok yang sejak menyertai OIAM menampilkan persembahan yang kreatif & tersendiri.
Namun, pengundi Malaysia seolah-olah masih lupa bahawa mereka perlu mengundi untuk bakat & bukan mengundi secara membuta semata-mata.
Terkeluarnya Amylea pada minggu ini merupakan satu kerugian kepada peminat OIAM sendiri kerana kehilangan seorang penghibur yang saban minggu menampilkan persembahan bertenaga.
Kepada peminat Amylea, tontonkan persembahan terakhir Amylea di OIAM dengan mendendangkan lagu I’m Yours.