fbpx

Amy Search Tidak Kisah, Asal Boleh Faham Antara Satu Sama Lain

Begitulah kalau sudah menjadi bapa pasti mahukan anak-anak mereka bahagia kan? termasuk juga Amy Search terhadap anaknya Nabila Huda yang baru-baru ini memberitahu sedang bercinta dengan Nast-T.

Terkejut juga kami apabila mendapat tahu bahawa Amy sendiri tidak mengetahui status cinta di antara anaknya dan hanya mengetahui selepas hubungan mereka berdua di akhbar.

“Pada mulanya saya tidak kenal siapa Nas-T dan tidak tahu pula dia juga seorang selebriti. Selepas saya baca surat khabar baru saya tahu hubungan mereka”

Walaubagaimanapun Amy Search ternyata gembira dengan berita tersebut kerana dia sendiri sempat memberitahu tidak kisah Nabila Huda berkawan dengan siapa asalkan masing-masing faham di antara satu sama lain.

“Bagi saya okay, as long as understand each other

Amy Search turut berkongsi kegembiraan selepas mendapat tahu Nabila Huda berjaya mendapat Anugerah Pelakon Drama Wanita Popular sebelum ini.

“Disebabkan ketika majlis berlangsung saya berada di luar negara (Turki) atas urusan kerja saya hanya mendapat berita tersebut di laman twitter itupun setelah diberitahu isteri.

“Pada malam itu agak emotional sikit dengan berita kejayaan Nabila Huda. Kerana pada awalnya kami tidak sangka dia akan menang kerana pada saya kalau dah tercalon itu sudah cukup bagus”

Menurut Amy lagi, dia mahukan Nabila Huda bekerja lebih keras lagi kerana itulah jalan yang dipilih untuk bergelar seorang pelakon.

“Saya yakin untuk mendapat pencapaian seperti sekarang harus kerja lebih keras kerana saya tahu dia tahu apa yang diinginkan,” ujar Amy Search yang ditemui di Majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Paling Popular 2012 (ABPBH2012), Holiday Villa Hotel, semalam.