Tidak dapat dinafikan, drama-drama Melayu yang bersiaran di stesen televisyen ketika ini hanya memainkan isu yang lebih kurang sama seperti suami curang, suami dirampas orang ketiga, ibu mertua jahat dan beberapa lagi kisah rumah tangga yang serupa saja.

BACA: Ammar Alfian Bengang Dituduh Sebar Gambar Lucah


Meluahkan perkara yang lebih kurang sama, kenyataan Ammar Alfian di melalui akaun Instagram miliknya sedikit sebanyak memberi gambaran tentang industri drama tanah air.

Bagi Ammar, tawaran watak yang boleh diibaratkan sebagai klise membuatkan dia tidak berminat dan menyebabkan dia kurang muncul di drama-drama televisyen. Ada betulnya juga namun bukankah drama-drama sebegini juga hadir atas kehendak penonton?

Kehadiran Ammar yang membintangi filem Paskal baru-baru ini turut meninggalkan kesan buat peminat yang merindui pelakon ini untuk kembali menghiasi drama bersiri. Apa yang pasti, jika sampai masa dan kena wataknya nanti, tidak mustahil pelakon yang pernah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini mampu kembali menyinar. (rtky/s)