“Amirul Sangat Garang, Saya Takut Dengan Dia Cuma….”
Tidak lokek berkongsikan gambar atau video bersama suami di media sosial, sememangnya ramai terhibur melihat raut wajah suami kepada pengacara Ain Edruce.
Memetik mStar Online, Ain berkata dia berkongsikan gambar serta video indah bersama suami, Muhammad Amirul Hafiz dan anaknya, Soraya untuk dijadikan kenangan apabila tua kelak.
BACA: Tiada Pembantu Rumah, Ain Edruce & Suami Bergilir Jaga Anak
“Sebenarnya suami dan anak memang tidak mahu terlibat dengan apa yang saya lakukan sekarang ini, terutama sekali suami tetapi saya mahu abadikan kenangan terindah waktu muda ini untuk dijadikan kenangan ketika tua,” katanya.
Menurut Ain lagi, ramai sangkakan dia seperti membuli Amirul, sebaliknya dia takut akan suaminya serta menyifatkan Amirul seorang yang garang.
“Mungkin ada yang kata saya macam buli Amirul sebab sering muatnaik gambar kurang sopan di media sosial, tetapi sebenarnya tidak.
“Amirul sangat garang dan saya takut dengan dia cuma kelemahan dia adalah kamera jadi itulah puncanya,” katanya.
Dalam pada itu, Ain memberitahu dia dan suami sering mendapat tawaran projek bersama, malah adakalanya hanya Amirul sahaja menerima tawaran.
“Sekarang ini kami banyak terima tawaran job bersama anak, kadang-kadang Amirul sahaja pun ada, mulai sekarang segala urusan kerja Amirul saya yang tentukan, untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Hahaha comel
contoh pasangan yg nampak bahagia yg ikhlas. contoh isteri yg baik wlwpun kat luar perangai kelakar. aku doakan kebahagiaan korang dan berkekalan.
Amirul ni sangat matang & Ain walaupun nampak luaran macam tu tapi pandai jaga diri & sangat menghormati orang lain.Semoga rumahtangga mereka sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah swt.
suka tengok dorang! dia saling melengkapi.. sorg hu ha hu ha,sorg serius.. mmg kelakar nak harey