“Amira Sangat Menjaga Solat, Jaga Wuduk”

Penyanyi dan pengacara Sissy Imann berkongsikan keperibadian rakan selebritinya iaitu penyanyi Amira Othman sorang yang pemurah dan suka berkongsi rezeki.

Menerusi satu siaran langsung di TikTok, Sissy berkata ketika di set penggambaran Amira tidak lokek berkongsi rezeki dengan  memesan makanan untuk semua orang.

BACA: “Nak Letak Muhammad Zaril…” – Amira Othman Pernah Dedah Nama Pilihan Anak

@asheeda15

LIVE SISSY IMAN bersama SINARPLUS (sbg HOST UNIFI utk akad nikah AMIRA & FATTAH) Alhamdulillah rakan² sekeliling amira smua org yg baik²..terharu & sedih kalo dgr kebaikkan amira ni yg selama ni org kurg nampak kewujudan dia..alhamdulillah rezeki jodoh semua sudah tertulis dan ditentukan oleh ALLAH #amiraothman #fattahamin #fyp #viral

? original sound – asheeda1 – asheeda1

“Amira ini masya-Allah, sungguh baik orangnya. Antara kebaikan yang orang tidak tahu, dia sangat pemurah.

“Di set penggambaran, tiba-tiba sahaja dia belanja semua orang makan dan minum. Jumlahnya sampai kami rasa kekenyangan. Itulah Amira, seorang yang sentiasa murah hati,” katanya.

Sementara itu, Sissy turut berkongsikan Amira seorang yang sangat menjaga solat meskipun jadual kerja yang padat serta sentiasa menjaga wuduk.

“Amira sangat menjaga solat. Jadual penggambaran kami kadang-kadang penuh. Dia jaga wuduk dia itu Sissy sangat kagum dengan dia. Tapi Amira boleh betul-betul tahan tak pergi tandas. Dia akan kurangkan minum air untuk jaga wuduk,” katanya.

×