“Amira Akan Jadi Ibu Tiri Yang Sangat Baik” – Pengurus Fattah

Sejak Isnin lalu, hangat diperkatakan di media sosial mengenai pengumuman majlis pernikahan pelakon Fattah Amin dan Amira Othman.

Rata-rata peminat gembira apabila pasangan itu mengumumkan majlis pernikahan mereka akan diadakan pada Ahad ini bersempena ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.

BACA: “Kalau Ada Berita Baik Kita Kongsi, Tiada Sorok-Sorok” – Pengurus Fattah

@lovefattmira

Each time I see your video, tears fall, @Sakirin Shak. You’ve walked with him through the years, knowing every single detail of his world. The way you laugh together, the way you understand him without words, it shows a bond that can’t be replaced #fattmira #fattahamin #amiraothman #aca #setulustakdirfattahamira

? Teman Sejati – Brothers

Turut menjadi perhatian, pengurus Fattah Amin dikenali sebagai Aca berkata dalam satu temu bual baru-baru ini dilihat menitipkan pesanan serta doa buat bakal pengantin itu.

Sementara itu, Aca berkata Amira akan menjadi seorang ibu tiri yang baik buat Fatima Aisya serta menyifatkan Fattah seorang bapa penyayang.

“I tahu Amira akan menjadi seorang step-mother untuk Fatima yang sangat baik. Dan Fattah pula seorang bapa yang sangat penyayang,” katanya.

Dalam pada itu, Aca dilihat sebak mendoakan rumah tangga yang bakal dibina pasangan itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat. 

×