Amir Raja Lawak Mohon Maaf Kepada Pemilik Nombor Kenderaan
Semalam, pelawak Amir Raja Lawak ada memuat naik perkongsian berjaya memiliki kereta Perodua Alza selepas enam bulan menanti.
Menerusi perkongsian itu, Amir turut berkongsikan gambar keretanya namun menutup dua angka belakang nombor kenderaannya.
BACA: 6 Bulan Menanti, Amir Raja Lawak Syukur Miliki Perodua Alza
Terbaru, Amir memohon maaf kerana menimbulkan kekeliruan berhubung nombor pendaftaran kereta baharunya yang disunting dalam gambar dikongsikan sebelum ini.
View this post on Instagram
Amir berkata nombor pendaftaran sebenar keretanya adalah AME1219 dan bukannya AME12 serta memohon maaf kepada pemilik sebenar nombor pendaftaran kereta itu.
“Assalamualaikum. Saya rasa lepas saya post gambar bersama kereta tadi (semalam), ada salah faham sebab orang anggap nombor saya dua angka itu.
“Sebenarnya ini nombor saya yang betul iaitu AME 1219. Nombor 19 yang belakang itu tarikh lahir saya. Gambar penuh plat saya tadi, saya edit. Dengan ini saya minta maaf juga banyak-banyak kepada pemilik nombor plat AME12,” tulisnya.
Dalam perkongsian terbaru itu, Amir turut memuat naik gambar keretanya bersama nombor pendaftaran asal buat tatapan umum.
Kebanyakan orang nama Amir yg aku kenal semuanya baik2. Alhamdulillah.
Banyak ngada-ngada, menunjuk. Ni baru Alza aje. Bukan Alphard apa. Bising satu Malaya. Sampai buat nombor palsu dua angka nak tunjuk ‘hebat’.
Bila kena tegur dengan tuanpunya, kata ‘salah faham’. Bukanlah! KANTOI.
Alhamdulilah,,bersyukur itu perlu,,xkira kereta pe pn janji halal + hasil sendri,,terbaik Amer # xperlu nk ada hinaan sebaliknya kita harus berbangga atas usaha Amer,# fikir yg baik baik aja
baca baik2. dia x menunjuk pun. dan gambar dia letak tu pun dia edit tutup no belakang tpi org salah faham no plat dia ada dua angka tpi sebenarnya 4. jgn asyik nk kecam je.
Sebab itu bila retis popular ke tak berapa popular ke buat cerita dlm media sosial kena selalu bertanya betul ke cerita ni. Mungkin betul atau separuh betul atau tipu semuanya. Retis secara azali perlu sensasikan cerita sbb kalu tak sensasi nanti wargamaya buat dek je kat dia. Susahlah dia mau cari makan. Kisah dia jual air jagung amerika tu betul sbb aku sendiri yg nampak.
Ak tak rasa Amir nie nk brlagak kata plate number dia 2 angka tp maybe tuk safety klau ada yg jmpa kt luaq nk nmpk full tu kira nsb la, klau kata nk acah brlagak ka have2 ka ak rasa dia tak trun pdg jual ayaq jagung, dia akan gajikan org tuk jual. Pemikiran dan ati jgn ke arah negative sgt n tau laju ja nk hentam org. Alza pun ok aih mana tau kot downpayment dia ltk 40k, hg kata apa? Rezki masing2 Allah dah ltk. Ambk yg positive, nega ayaq pun mampu bwk kuar kete. Alhamdulillah syabas anak muda!!
Didoakan AMIR lebih maji.PEMBAYAR ZAKAT AMIR ni…Harap AMIR dapat buka kilang air jagung..sedap air jagung tu.
@Ak Anak Amir, tolong lah kalu mampu sekalipun jgn bayar down payment 40k tidak berapa cerdik tu. Kalu terlalu banyak duit bayar sekadar yg diperlukan, lebihan boleh dijadikan modal perniagaan beli jagung ke atau apa2lah yg bersangkutan dgn perniagaan. Ko ingat kalu keta kena tarik, tak kira ko bayar RM40 ribu ke RM3 ribu ke, tarik tetap tarik. Yg bayar RM3 ribu akan rasa lega bila dpt tahu pemilik yg bayar RM40 ribu pun keta kena tarik jugak