fbpx

6 Bulan Menanti, Amir Raja Lawak Syukur Miliki Perodua Alza

Perkongsian pelawak Amir Raja Lawak menjadi perhatian apabila meluahkan rasa syukur berjaya memiliki sebuah kereta Perodua Alza.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram, Amir berkata proses mendapatkan kereta tersebut mengambil masa 6 bulan.

BACA: Kongsi Rezeki, Amir Raja Lawak Bayar Zakat 

Meskipun terpaksa menunggu lama untuk mendapat kereta tersebut, namun individu yang menguruskan proses jualan sentiasa membantu serta memudahkan urusannya.

“Alhamdulillah, hari ini saya bersyukur sangat kerana dapat memiliki sebuah kereta baharu. Sebelum ini, saya pernah ada kereta baharu, tetapi terpakai sahaja.

“Hari ini, alhamdulillah saya dapat miliki kereta baharu. Terima kasih kepada Encik Din, enam bulan juga saya menunggu ini,” katanya.

Sementara itu, Amir turut bersyukur di atas rezeki pembukaan bagi tahun 2023 serta berterima kasih kepada pelanggan yang menyokong perniagaan Air Jagung Amirreka miliknya.

“Terima kasih yang support saya beli Air Jagung Amirreka dan kongsi rezeki shooting dengan saya. Ini adalah hasil dari anda yang ikhlas support dan percaya dengan saya,”tulisnya.

Perkongsian Amir itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mengucapkan tahniah serta tumpang gembira dengan pencapaian pelawak itu.