7 Tahun Kahwin, Amir Raja Lawak & Isteri Tak Tertekan Belum Ada Anak
Sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan cahaya mata, pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak berkata dia dan isteri, Nur Intan Syafinaz menerima dengan hati terbuka.
Memetik Harian Metro, Amir berkata dia bersyukur dengan kehidupannya sekarang serta enggan peduli dengan apa yang diperkatakan mengenai dirinya.
BACA: Syukur Dapat Job Pertama Selepas PKP, Amir Raja Lawak Terpaksa Tutup Kedai
“Saya dari dulu memang macam ini. Kalau orang kecam pun saya buat tak tahu je. Orang kata, tak hidup dipuji tak mati dikeji. Kami tiada tekanan walaupun tiada anak. Saya dan isteri jalani hidup macam biasa saja,” katanya.
Bagaimanapun, Amir berkata dia dan isteri akan terus berusaha untuk mendapatkan cahaya mata serta tidak pernah patah semangat.
“Ada juga usaha yang dibuat dari segi perubatan. Urutan badan itu dan rawatan tradisional itu kami ada buat,” katanya.
Sering ditanya untuk mengambil anak angkat, Amir berkata dia tidak pernah terfikir apatah lagi memikirkan risiko dihadapi.
“Tak pernah terfikir. Takut kalau ambil anak orang tiba-tiba tak boleh nak teruskan. Kami pula yang akan kena kecam nanti. Saya fikir belum masanya lagi. Biar semua ada dulu macam kereta dan rumah. Biar betul-betul stabil dulu,” katanya.
Terdahul, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi mendirikan rumah tangga dengan Nur Intan Syafinaz pada 14 Mac 2015.
Semoga ada rezeki cahaya mata untuk kalian. Amin.
Untung Amir manis bini dia walau Amir ni x laa kaya dan popular mana pun…
Simpati sungguh tapi tak apa perlu berduka sebab islam ada penyelesaian., poligami. Kahwin lagi sorang yang dapat beri zuriat. Untuk isteri pertama tu kena le terima hakikat dan payung emas menanti. Tak perlu komen anti poligami sebab ini pun salah satu tuntutan islam
Payung emas adalah hadis palsu. Tak adanya mana2 perempuan yg izinkan laki tambah lagi nnti dpt payung emas. Jgnlah terus2 sebar hadis palsu oiii. Gi Tanya org yg ahli psl ni. Atau Sila blaja psl fiqh munakahat bab poligami ye…nnti baru ramai org Tau yg hadis psl payung emas tu adalah palsu.
Sibuk lah dengan payung emas. Nak sedapkan hati bini pertama untuk poligami, itulah ayat keramat nya. Ke hulu ke hilir dengan ayat payung emas. Orang naik muak.
Kan sedap ayat kalau.
1. Doakan semoga ada rezeki.
2. (kalau betul nak syorkan poligami)
Guna ayat “semoga amir & isteri terbuka dengan idea poligami”.
Dah cukup. Tak perlu sibuk nak sogok ayat payung emas payung emas hadis palsu tu. Geli dengar. Nampak seperti gelenyar nak tambah satu lagi.
Syabas & tahniah amir, jgn risau, Allah bagi apa kita perlu, bukan apa yg kita mahu…
Isteri pertama …kalau suami nak bagi payung emas ..tolong minta payung emas yang betul betul emas tulin … Jangan cakap saja … !
For me poligami bukan tuntutan agama.. Itu cuma alasan untuk memenuhi nafsu. Payung emas?!!! Buat apa payung emas? Ada keperluan ka setelah mati?
Tk kne btg hidung sendiri bolela ckp mcm tu…suka2 je nk suruh org poligami ..Cubala doa yg baik2 drp mnyakitkn hati org lain…Insya Allah ade rezki zuriat….sepupu saya 10 thn kawin baru dpt zuriat..skrg da 4 anknya….Percaturan Allah itu indah…Sabar ya Amir dan isteri .Semoga Allah mkbulkn doa kamu . Amin
Siapa yg sembang pasal payung emas tu klaka betol…bini mintak emas tulen pulut dakap, cincin klcc, loket emas pure gold pun ada yg tak dpt penuhkan pemintaan tu tapi bila bab mintak bini redha nak kawin byk guna kan hadis payung emas…haha..padahal hadis payung emas itu adalah hadis palsu ye abg2, laki2 yg teringin sgt nak bebini byk tu.
*made in China