fbpx

Amir Jahari Beli Kereta Pertama Demi Keselesaan Anak-Anak

Penyanyi Amir Jahari yang juga pemenang AJL38 meluahkan rasa syukur apabila membeli kereta jenis Perodua Alza yang juga merupakan kenderaan pertamanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amir berkata dia membuat keputusan untuk membeli kereta pertama demi keselesaan anak-anak apabila berjalan jauh serta buat keluarganya jika datang dari Sarawak.

BACA: “Sepanjang Hidup, Saya Tak Pernah Berada Di Tempat Pertama”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amir Jahari (@amirjaharimuzik)

“Kalau dulu, aku rasa benda ni mustahil. Tapi bila aku nekad nak bagi keselesaan untuk anak-anak bila kami travel jauh, nak jemput dan bawa family dari Sarawak jalan-jalan bila datang KL, slowly, aku nampak jalannya,” tulisnya.

Sementara itu, Amir menjelaskan bahawa kereta tersebut bukan dibeli menggunakan wang tunai daripada kemenangannya di AJL pada 3 Mac lalu.

Katanya lagi, sebelum ini ramai menyangka dia hidup dalam kesusahan kerana malas dan dikatakan memilih kerja sedangkan banyak pekerjaan dilakukan namun kondisi dirinya yang kurang stabil.

“Sebelum tu susah bukan sebab aku malas. Bukan sebab aku memilih untuk bekerja. Macam-macam juga kerja aku buat. 

“Aku mengajar di Sri Aria Elementary School dan Pondok Seni, aku buat servis cipta lagu juga. Aku pernah mintak kerja dengan Luncai Emas. Tapi keadaan aku tak stabil, kejap aku okay, kejap aku tak okay,” tulisnya.

Dalam pada itu, Amir berkata pemergian bapanya menjadi titik permulaan buatnya untuk bermain muzik semula dan membuat persembahan walaupun ketika itu tiada modal.

“Turning point aku bermula pada tahun bapa aku meninggal. Aku main muzik balik. Aku buat tour walaupun tak de modal. Banyak aku fikir dan banyak aku belajar. Aku makin serius menyimpan. Aku mula belajar tentang investment. Fast forward, Alhamdulillah, my 1st ever Car!” tulisnya.