Setelah berhempas pulas selama 8 minggu berturut-turut dalam setiap konsert mingguan Akademi Fantasia 2016, akhirnya Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi telah dinobatkan sebagai Juara AF 2016 dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.

BACA: Bekas Pelajar Akademi Fantasia Bakal Jadi Isteri Kedua & Baru Pulang Dari Percutian Mewah


Selain itu, Amir juga turut menerima biasiswa pendidikan dari Universiti Utara Malaysia, kredit membeli-belah sebanyak RM5,000 tajaan 11Street beserta Trofi AF 2016.


Pada malam tersebut Amir telah menyanyikan lagu yang berjudul Romantis daripada kumpulan Spring serta single-nya yang terbaru berjudul Pemilik Cinta yang telah dicipta oleh Sri Kandi dan penulis liriknya Hang Nadim.

Manakala di tempat kedua atau naib juara jatuh kepada pelajar yang bernama Amal yang membawakan lagu daripada penyanyi kumpulan Samson ‘Bukan Diriku, serta single nya yang terbaru berjudul ‘Aku Kejar’. Amal turut membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM20,000, kredit membeli belah sebanyak RM4000 tajaan 11Street.



Di tempat ketiga pula jatuh kepada Reshma yang telah menyanyikan lagu daripada penyanyi Lady Gaga berjudul Bad Romance dan sebuah single terbaru berjudul ‘Sayang Jadi Benci’, dengan itu pelajar ini telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM15000, kredit membeli belah sebanyak RM2,000 tajaan 11Street.

Tempat keempat jatuh kepada Ara. Dengan kemenangan di tempat keempat membolehkan Ara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, kredit membeli belah sebanyak RM2,000 tajaan 11Street. Tempat kelima pula jatuh kepada Afi yang berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, kredit membeli-belah sebanyak RM2000 tajaan 11Street dan kesemua finalis masing-masing membawa pulang sebuah trofi khas Akademi Fantasia 2016.

Selain itu, anugerah khas fantasi telah berjaya disandang oleh Amir. Tahniah dan syabas buat kesemua pemenang AF 2016. (rtky/h)