Dikecam susulan memuat naik aksi menari hingga menampakkan tubuh badannya, pelakon Amir Ahnaf meminta netizen agar membuka minda serta memahami kerjaya seorang artis.

Memetik mStar Online, Amir berkata aksi menari yang ditonjolkan itu adalah seni ekpresi fesyen berdasarkan karakter yang diberi. 


BACA: Amir Ahnaf Nafi Rampas Anna Jobling Daripada Meerqeen

Menurutnya lagi, mungkin wajah kemelayuan dimilikinya membuatkan aksi menari tersebut tidak diterima oleh netizen.

“Saya mohon netizen untuk buka sedikit minda menerima seni ekspresi fesyen sebab yang berjoget depan kamera itu bukan Amir Ahnaf, itu hanya karakter yang saya bawa.

“Mungkin juga sebab muka saya Melayu sangat agaknya. Cuba kalau muka ‘jambu’ saya rasa mesti netizen okay sahaja,” katanya.


Dalam pada itu, Amir berkata dia tidak menyalahkan netizen kerana setiap individu mempunyai hak untuk memberikan pendapat masing-masing.

“Itulah cara saya bekerja tapi apa yang saya boleh katakan semua orang ada perspektif masing-masing. Mereka boleh lontarkan pendapat sendiri.

“Tak salah untuk bersuara tetapi cuba untuk buka sedikit minda untuk berfikir ke arah seni. Barulah tidak nampak seperti kita ini tidak tahu apa-apa,” kataya.

Terdahulu, ada netizen mengatakan aksi tarian Amir dikatakan seolah-olah meniru gaya anggota kumpulan BTS, Jungkook dalam sebuah rakaman video bersama jenama fesyen terkemuka.