fbpx

America’s Next Top Model Kembali, Pertama Kali Tampil Peserta Lelaki

Siapa peminat tegar America’s Next Top Model di sini? Pusingan ke 20 (cycle 20) program realiti TV popular ini kini kembali dengan pelbagai hadiah baru & yang lebih penting pesaing baru iaitu kaum lelaki. Edisi sulung Guys and Girls telah mula bersiaran pada 18 September lalu di StarWorld (Channel 711) & Starworld HD (Channel 722).

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Lapan lelaki dan lapan wanita akan tinggal sebumbung dan bersaing untuk merangkul gelaran berprestij menjadi America’s Next Top Model. Musim terbaru ini akan merungkai persamaan dan juga perbezaan antara kaum lelaki dan wanita dalam mengejar impian mereka.

Peserta yang berjaya tampil sebagai pemenang akan menerima hadiah lumayan berupa pakej untuk memulakan karier sebagai model professional melalui tajaan hadiah dari Next Model Management dan GUESS dan juga NYLON Magazine.

GUESS x ANTM - 2

Pemenang akan menerima kontrak bernilai US$100,000 untuk kempen seluruh negara bersama GUESS, yang mana terbukti menjadi platform terbaik untuk memulakan karier sebagai model.

Pemenang juga akan muncul dalam ruang fesyen majalah NYLON selain kontrak menjadi model bersama Next Model Management.

Untuk musim kali ini, selain dari panel juri termasuk Tyra Banks, Kelly Cutrone & Rob Evans, para peminat dan orang awam boleh mempengaruhi keputusan siapa yang akan kekal dalam persaingan dan siapa akan tersingkir di akhir episod setiap minggu.

ANTM_keyart_Tyra - midres