fbpx

Amelina Terkilan Dengan Hinaan Pereka Fesyen

Pemenang tempat ke-4 Gegar Vaganza Musim ke-5 (GV5), Amelina atau lebih mesra dipanggil Kak Long mengakui sedikit terkilan dengan kontroversi melibatkan dirinya yang didakwa enggan memakai busana rekaan Razman Razmi yang dibuat khas untuk dirinya.

Kenyataan yang dilemparkan pereka fesyen itu, jelasnya adalah kerana berpunca daripada salah faham di antara mereka.

“Semua ini berlaku kerana salah faham. Dia merajuk secara tiba-tiba lalu mengeluarkan kenyataan di media sosial. Saya pada mulanya memang tidak tahu pun yang dia ada keluarkan kenyataan itu”

BACA: Noryn Aziz Juara Gegar Vaganza 5, Bawa Pulang RM100,000

“Dia terasa hati sampai keluar kata-kata penghinaan kepada saya dan pihak pengurusan”

“Sepatutnya dia fikir dahulu sebelum keluar kenyataan. Kalau dia sentap pasal baju, saya tak kisah dia cerita pasal baju sahaja. Ini tidak, dia tulis cakap saya sendu, kecil hati saya.

“Sepanjang berada dalam industri saya tak pernah busuk hati dan buat jahat dengan orang,” katanya selepas selesai sahaja Konsert Akhir GV5.



Dalam pada itu, Amelina turut berkata tidak ada sebarang perjanjian atau kontrak yang memerlukan dirinya untuk menggayakan busana dari Razman Razmi sahaja, malah dia bebas serta berhak untuk memilih mana-mana pereka fesyen tempatan yang lain”

“Tiada sebarang kontrak, sebaliknya atas dasar kawan-kawan.Bagi saya, bukan saya perlu minta maaf pada dia. Tapi saya patut minta maaf pada rakan-rakan pereka lain yang satu masa dulu saya tidak dikenali, mereka sanggup buat baju untuk saya”

“Disebabkan saya nak bagi peluang kepada Razman Razmi, saya terpaksa tidak memakai baju rekaan pereka-pereka lain. Bila kita dah bagi peluang, dia pula keluar kenyataan macam ini”

“Memang saya dah target nak selesaikan isu ini selepas habis GV5. Kalau dapat diselesaikan secara baik, Alhamdulillah, kalau tak, kita pergi kepada jalan yang sebetulnya (muka pengadilan),” katanya lagi. (rtky/m)