fbpx

A.Aida Bengang, Saman Amelia Henderson & Idris Khan

Penerbit, Datuk A Aida bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dua pelakon iaitu Amelia Henderson dan Idris Khan gara-gara menarik diri daripada drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

Menyifatkan tindakan kedua pelakon itu sangat tidak profesional menarik diri di saat akhir, Aida berkata Amelia dan Idris melanggar kontrak yang sudah ditandatangani.

BACA: A.Aida Dapat Bunga Dari Lelaki Misteri 4 Tahun Berturut-Turut

“Kita dah tandatangan kontrak lama dan mereka dah ambil bayaran pendahuluan lima peratus. Paling saya tersentak bila Idris beritahu, dia ambil drama ini sebab Amelia, jadi bila Amelia tarik diri, dia tarik diri sama,” katanya.

Susulan tindakan kedua pelakon itu menarik diri, Aida berkata dia terpaksa menanggung kerudian besar. Ujarnya, sepatutnya penggambaran dijalankan paa 16 Jun lalu, namun keduanya menarik diri pada malam 15 Jun.

“Nak pujuk itu tidaklah, ‘no way’. Banyak kali pengarah, Riza telefon tapi tak angkat. Jadi kami anggap memang mereka tak mahu.

“Ketika sesi bacaan skrip, mereka datang. Dah terangkan mengenai watak. Lagipun, kita dah bayar semua peralatan, lokasi dah bayar semuanya, beratus ribulah. Ini RM1 juta punya projek,” katanya.

Dalam pada itu, Aida turut kecewa kerana dia yang menaikkan nama Amelia dan Idris namun tidak sangka ini balasan diterimanya.

“Nama Amelia meletup sebab drama saya iaitu Kisah Cinta Kita. Idris pula berlakon dengan saya, Fattah Amin yang bawa dia ke pejabat saya. Daripada kayu, seorang model, tak pernah berlakon, dengan AAP lah berlakon lepas satu, satu. Saya tak sangka dia berperangai macam ni, sangat tak profesional,” katanya.