Saling Unfollow Di IG, Aedy Ashraf & Amelia Henderson Putus Cinta?
Pasti ramai tahu pada Mac lalu, pelakon Aedy Ashraf membuat kejutan apabila melamar pelakon Amelia Henderson di depan khalayak ramai.
Bagaimanapun, perkongsian Aedy di Twitter seolah patah hati sekaligus menjadi tanda tanya mengenai status hubungan cintanya dengan kekasihnya itu.
BACA: Dua Tahun Menunggu, Aedy Ashraf Buat Kejutan Melamar Amelia Henderson
Perkongsian Aeday itu seakan memberi bayangan hubungan mereka berdua sedang mengalami masalah atau mungkin sudah putus di tengah jalan.
Guess its true when they said ‘some people are only meant to be in our memories’
— Aedy Ashraf (@aedyxashraf) July 29, 2022
“Mungkin betul kata mereka, sesetengah orang hanya ditakdirkan untuk berada dalam hidup sebagai kenangan,” tulisnya.
Status dimuat naik oleh Aedy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang yang tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka.
Malah, ada yang perasan kedua-dua mereka sudah saling tidak mengikuti satu sama lain di akaun Instagram.
Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa kecewa jika benar hubungan mereka betul-betul sudah berakhir serta berharap mereka masih boleh berkawan biarpun sudah berpisah.
- SUMBER
- Kosmo!
to be realistic tak kn amelia nak yg avg guy.. dia boleh dph vvip..top meletop guy or dubai royalty..hege
pe susah2 kak nab kan ada…single lg..meyumbang lg…
Dua2 xde kelas laa average jek berlakon… Elok build up your career dulu sampai betul2 mantap pastu sembang psl kwin ..
Aedy ni berlakon dah lama lbh kurang dari kecik lg mcm Bell Ngasri tp sbb samada dia x reti nk pilih karakter yg boleh boom dia punya bakat atau dia main ambil jek apa2 karakter yg penting dpt job?! Kita ada bnyk talent yg bagus tp sbb cerita drama yg stereotype asyik2 psl cinta itu yg kita tngk tahap tu je kemampuan pelakon2 kita! What a waste!
x de hal putus cinta… lebih baik putus cinta dari kawen grand 3-4kali… cerai juga… alasan”kami sudah tak de persefahaman bersama”… mangkakkkkk
Saling tak following di Ig putus cinta? Hello roti, mimi lana & syafiq pon camtu tau. Aedy & munah pon unfollow each other, elok je sampai ke Thailand gi bercuti. Aedy & daiyan pon unfollow, elok je berkerja skali. Ntah2 yg diorang twit to pasal benda lain. Andai kata mmg aedy-amelia takde jodoh, percayalah Allah dah tetapkan lelaki yg lebih baik utk dia. Bukan senang mat nak bimbing mualaf dlm keadaan ko pon perlu bimbingan.