fbpx

Amelia Handerson Bahagia Hidup Solo, Sikit Pun Tak Rasa Sunyi

Pernah gagal dalam perkahwinan pada 2018, ianya bukan perjalanan mudah buat pelakon cantik Amelia Handerson. Bagaimanapun, Amelia berjaya keluar daripada perasaan duka dan kecewa.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Meskipun kini kembali solo, namun pelakon berdarah campuran Sri Lanka-Scotland ini bahagia melayari kehidupannya kini tanpa komitmen

BACA: Amelia Handerson Tak Peduli Dilabel Pelat & Seksi

“Saya seronok melayari kehidupan sekarang sebab saya tak perlu nak fikir apa-apa masalah. Lagipun jadual kerja saya sentiasa padat dan ada saja perancangan baharu yang saya ingin lakukan.

“Masa yang terluang saya isi dengan perkara yang menyeronokkan seperti membuat panggilan video dengan rakan-rakan, bermain TikTok serta meluangkan waktu bersama keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Amelia berkata dia sedikit pun tiada rasa sunyi tiada pasangan dan belum terfikir lagi untuk memberi komitmen atau menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki.

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan tiada sedikit pun perasaan sunyi. Saya ada kawan-kawan yang sangat menyokong dan akan memastikan saya berada dalam keadaan yang baik.

“Buat masa ini, saya belum terfikir untuk ada sebarang komitmen dengan mana-mana lelaki. Saya selasa dengan kehidupan solo ini,” katanya.

Terdahulu, Amelia mendirikan rumah tangga bersama Tunku Harun yang juga anak saudara Sultan Kedah pada 2015, namun pada 2018 Amelia mengaku sudah pun bercerai.