fbpx

Ameera Khan Terasa Hati Selalu Dibandingkan Dengan Kakak

Di antara adik-beradik selebriti popular ini, Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular. Boleh dikatakan Ameera sering menjadi perhatian di media sosial biarpun bukan seorang selebriti.

Sering dihujani dengan komen negatif di media sosial miliknya, Ameera akui kadang kala dia terganggu lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan kakaknya.

BACA: Netizen Terkejut Adik Neelofa Guna Krim Harga RM1,000 Sapu Di Punggung

“Bohong kalau saya beritahu ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada saya langsung kerana ia ada ketikanya menyakitkan. Cuma saya rasa, saya agak bijak dalam menyembunyikan apa yang saya rasakan ketika membaca komen.

“Terutamanya apabila mereka membandingkan saya dengan kakak. Sejujurnya ia menyakitkan tetapi, saya memahami kerana saya di sini kerana mereka,” katanya.

Perbezaan usia 11 tahun dengan Neelofa, Ameera berkata perjalanan hidupnya masih jauh lagi. Ujarnya lagi, apa yang dikongsikan di media sosial tidak memaparkan gaya hidupnya secara keseluruhan.

“Saya dan Neelofa pun berbeza lebih 11 tahun. Saya masih muda baru mencecah usia 20 tahun dan masih jauh lagi perjalanan.

“Hanya dua peratus sahaja apa yang saya tunjukkan di media sosial tetapi ada yang menganggap mereka tahu semuanya. Inilah jalan yang saya pilih dan saya perlu hadapi. Saya okay saja cuma ada ketikanya ia menyakitkan,” katanya.