fbpx

Amber Chia Kongsikan Kisah Manis Berhijab

Baru-baru ini, Amber Chia telah muncul pada dengan penampilan berhijab pada Festival Hijab Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini memberi pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

“Ia merupakan satu pengalaman indah untuk saya mengenakan hijab hari ini (Jumaat),” tulis Amber yang berhijab sebagai tanda sokongan terhadap kempen festival berkenaan pada laman Instagram miliknya baru baru ini yang menerima perhatian ramai.

Rata-rata peminat menyokong dan memuji tindakan Amber Chia bertudung malah ada juga yang mendoakan agar pintu hati Amber akan terbuka satu hari nanti untuk menerima Islam. Selain itu, emodel ini juga sempat luangkan masa bergambar dengan rakan selebriti yang lain. (rtky/s)