Mungkin ini adalah nilai yang terpaksa dibayar oleh pelakon Amar Baharin apabila dia mendedahkan sering mendapat gambar, mesej lucah dan tidak senonoh daripada peminat-peminatnya di laman sosial.

BACA: Amar Baharin Akui Takut Terjatuh Cinta Dengan Izreen Azminda


Namun bagi Amar, dia tidak pernah melayan malah menyekat pengikut tersebut daripada memasuki akaun laman sosialnya bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

“Ramai peminat yang hantar gambar yang bukan-bukan dan ajak saya buat perkara tidak senonoh. Biasanya saya block mereka supaya tidak timbul perkara lebih teruk”

“Gangguan negatif itu hanya bilangan kecil jika dibandingkan dengan peminat-peminat saya yang banyak menyokong kerjaya saya selama ini,” katanya.

Buat Amar, bersabarlah dengan dugaan kecil sebegini dan sebagai anak seni, anda pastinya bijak menilai yang mana baik dan buruk demi menjamin masa depan di dalam industri seni tanah air ini. (rtky/syfq)