Mengakui terkejut dengan khabar angin yang mengatakan bahawa dia dan juga Amyra Rosli bakal mendirikan rumah tangga pada November ini, Amar Baharin menyifatkan individu yang menyebarkan perkara tersebut lebih tahu segala-galanya.

BACA: Amar Baharin Nikah Amyra Rosli Hujung Tahun Ini?


“Fasal kami dikatakan akan bernikah November itu, memang buat saya terkejut. Dulu pernah bertebaran cakap kami akan berkahwin hujung tahun dan kali ini, siap ada bulan yang tepat pula. Orang yang menyebarkan cerita ini nampaknya seperti lebih tahu segala-galanya”

“Tapi ia memang tak benar. Kalau saya nak kahwin sekalipun, pasti saya akan maklumkan. Benda baik takkan tak nak beritahu,” katanya kepada Berita Harian selain menjelaskan bahawa mereka kelihatan selalu bersama kerana juga dia diuruskan oleh ibu Amyra sendiri.

“Cuma kebetulan kami berada di bawah pengurusan yang sama, jadi ibu Amyra memang bekerja keras untuk memasarkan kami dan pastinya kami sering dilihat berada bersama di acara mahupun majlis tertentu,” katanya. (rtky/s)