fbpx

Amar Baharin Lega SOP Baru, Boleh Elak Babak Intim

Umum mengetahui kerjaan mengumumkan bermula 10 Jun lalu segala aktiviti seni serta penggambaran drama mahupun filem boleh dijalankan tetapi perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Mengulas mengenai SOP baharu, Amar Baharin menyambut baik perkara itu malah turut merasa lega kerana boleh elakkan babak intim dan bersentuhan. Suami kepada Amyra Rosli itu mengakui sebelum ini dia kurang selesa untuk melakukan babak intim dalam lakonan.

BACA: Amar Baharin Akui Simpanan Semakin Berkurang Akibat PKP

“Memandangkan saya sudah berkahwin, ada hati yang perlu saya hormat dan jaga. Kalau boleh dielakkan, elakkanlah untuk tidak mendatangkan fitnah.

“Orang tengok nanti orang mengata. Biar rezeki kita lebih berkat apabila kerja kita ditayangkan di TV,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Amar berkata ada sahaja cara untuk menjayakan sesuatu babak tanpa ada unsur keintiman. Bagaimanapun, Amar berekata pandemik COVID-19 yang berlaku di negara kita membuktikan tanpa babak sedemikian pun masih boleh teruskan penggambaran.

“Keintiman itu bukan penyelesaian untuk menjayakan sesuatu babak. Ada caranya sesuatu babak boleh dijayakan tanpa ada elemen ini.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) juga buktikan bahawa sebenarnya benda ini ialah pilihan kita.

“Babak-babak intim dan rapat adalah pilihan orang di situ sendiri. Sekarang tanpa babak begitu pun kita boleh ‘shooting’ dan terbukti sekarang semua orang buat begitu,” katanya.