fbpx

Amar Baharin Cedera Selepas Ditumbuk Ketika Berlakon

Benda kalau sudah mahu jadi, memang bukan boleh dielakkan. Itu yang terjadi kepada pelakon Amar Baharin baru baru ini yang mengalami kecederaan selepas ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada pagi Ahad lalu.

Bercerita kepada media tentang apa yang berlaku, Amar Baharin berkata kejadian berlaku ketika beliau bersama beberapa orang pelakon tambahan lain melakonkan adegan pergaduan sebelum terkena tumbukan oleh seorang pelakon baru, Redza Rosli.

BACA: Gambar Tersebar Di Internet, Amar Baharin Nafi Sudah Tunang

“Sedang asyik bergelut, Redza yang sepatutnya menumbuk saya dengan kadar perlahan telah pun terlebih sasaran lalu menyebabkan kulit pada bahagian kelopak mata terkoyak,” ujarnya.

Pelakon itu bagamanapun tetap meneruskan penggambaran yang berbaki sedikit sebelum beliau dihantar ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan.

amar new 1

“Tetapi masa itu saya tak rasa sakit. Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit,” tambahnya lagi kepada mStar Online.

Amar Baharin turut berkata kemungkinan besar penggambaran sebuah drama selepas ini perlu ditangguhkan sementara menunggu lukanya itu sembuh. (rtky/m)