Amar Baharin Bengang Tak Dibenarkan Buat Penggambaran Di Rumah Sendiri
Jika minggu lalu pengacara Awal Ashaari terpalit isu perumahan sehingga naik mahkamah, pelakon Amar Baharin juga turut berdepan masalah dengan sikap pihak pengurusan perumahan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Amar meluahkan rasa tidak puas hati apabila pihak pengurusan atau joint management body (JMB) di kawasan perumahannya di Semenyih tidak membenarkannya membuat penggambaran di rumahnya sendiri.
BACA: Dekatkan Diri Dengan Agama, Amyra Rosli Setia Sokong Amar Baharin
View this post on Instagram
Menurut Amar, pihak JMB seolah sengaja membangkitkan isu sedangkan pelakon itu berkata sudah mendapat kebenaran untuk membuat penggambaran dari pihak pengurusan rumah.
“Untuk kes saya, saya pemilik mutlak rumah itu. Saya tidak menetap sepenuhnya di situ disebabkan kerja saya lebih ke arah di Kuala Lumpur. Jadi saya menetap di rumah saya di KL.
“Dan kerjaya saya sebagai pelakon membuatkan saya sering menggunakan kediaman sendiri untuk pengambaran. Tetapi baru-baru ini saya didatangi oleh wakil dari JMB dan membinta bukti kebenaran penggambaran di rumah saya.
“Wakil saya telah berhubung dengan pengurusan dan mengesahkan kebenaran tetapi JMB tidak berpuas hati dan cuba mencari salah saya,” katanya.
Dalam pada itu, Amar turut mempersoalkan hakanya sebagai pemilik rumah berkenaan serta menyifatkan tindakan dilakukan pihak berkenaan sebagai gila kuasa. Kata Amar lagi, sepatutnya hidup berjiran perlu saling bertoleransi bukan hanya mencari masalah.
“Apa guna saya sebagai pelakon membeli rumah di kawasan yang tidak dibenarkan untuk shooting sedangkan itu kerjaya saya dan saya beli rumah hasil titik peluh saya sebagai selebriti.
“JMB ni bila ada kuasa setahun dah lupa diri. Belum jadi wakil rakyat. Sampai mesyuarat agung tahunan, confirm kena tukar. Kita ni hidup berjiran, fikir macam mana nak eratkan silaturrahim. Bila ada jawatan kat sesebuah kawasan itu, kerja kau nak cari salah jiran-jiran.
“Kalau rasa nak beli rumah tapi nak rasa rumah tu anda punya, beli rumah kawasan lain okay. ‘Individual tittle’ pun bagus. Sekarang saya rasa beli rumah tapi rumah tu bukan sepenuhnya milik saya,” tulisnya.
Hmm, org dok kondo dia nak dok kondo tp tak tahu peraturan. Baca dulu dokumen2 yg kamu dah sain tu.
sebelum masuk, semestinya dah ada t&c.. kena rajin baca je..
Untuk pengetahuan retis2 mesia dan peminat2 mrk. Condominium dan service apartment bukan saperti landed property. Kalu beli condo atau service apartments banyak perkara yg boleh dibuat kat landed property tp tak boleh buat kat condo. Sebab itu ada retis mesia yg bela sun bear (beruang matahari?) kat kondo kena komplen oleh penghuni lain. Banyak lg perkara2 yg tak bokeh dibuat kalu kita mahu tinggal dicondo. Pokoknya kalu retis berhujah property tu sy yg bayar, milik mutlak sy jd suka hati sy lah apa sy nak buat bermakna anda tidak sesuai tinggal di condo.
retis yg bising ni die beli landed property..lain kali selidik habis dulu baru komen.
ingat retis ni mampu duk kondo je ke..die beli landed property la..selidik dulu baru komen.
MummyQS, landed property ada JMB? Sy rasa JMB ditubuhkan untuk strata title property. Landed property tak perlu JMB.
JMB skarang bukan hanya ditubuhkan untuk rumah bertingkat jerk.. banyak dah landed property yg ade JMB..
JMB sekarang bukan hanya untuk rumah bertingkat, banyak dah landed property yang ade JMB.
landed property sekarang memang dah banyak yg ada JMB contoh macam kawasan perumahan setia eco, walaupun landed still ada JMB sebab undet starta title, rumah pula harga jutaan, tak ada pagar just pakai security, JMB la yg jaga & uruskan, sebab tu kena bayar maintenance charges & sinking fund. tapi tak semua JMB hauk, kalau committee dalam perumahan tu ok, JMB tu mesti ok je dengan semua penduduk.. tapi kalau dalam kalangan committee tu sendiri yg mcm hauk, memang hauk la JMB tu