fbpx

Amar Asyraf, Nelydia Senrose Kembali Untuk ‘Setia Hujung Nyawa Raya’

Nampaknya drama yang pernah mencetus fenomena di kalangan peminat hiburan, Setia Hujung Nyawa akan kembali dengan kisah baru dalam telefilem berjudul Setia Hujung Nyawa Raya.

Telefiem yang menampilkan semula lakonan mantap Amar Asyraf, Nelydia Senrose dan Shah Iskandar ini akan mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berkahwin, El dan Zain.

El sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Malah sikap El juga menjadi semakin pemalas, Namun Zain hanya mampu bersabar biarpun dilayan seperti bibik.

Sudah seminggu Ramadan berlalu dan El hanya tidur sahaja, pelbagai cara Zain cuba memujuk El untuk aktif namun tidak berjaya. Selepas ibu bapa El dan Zain pergi menunaikan Umrah, Zain mengambil keputusan balik ke kampungnya. Dan krisis pun bermula.

Ketika berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisarah muncul dalam kehidupan mereka. Zain sememangnya menyenangi perangai Maisarah yang kelakar sehingga membuatkan El cemburu dan mengurung diri di dalam bilik.

Jangan ketinggalan menyaksikan Setia Hujung Nyawa Raya pada malam pertama Raya, pukul 9.15 malam hanya di TV3.